Tuesday, 30 April 2013

Tutorial sarung tisu poket

Posted by Unknown at 16:10 0 comments
Salam subuh semua.  Harap-harap yang muslim tu sudah menunaikan kewajipannya kepada yang MAHA PENCIPTA ye. Hari ni Dea nak ajar macam mana cara-cara nak buat keychain sarung tisu.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kain felt
2. Reben 3 inci
3. Ring keychain
4. Benang dan jarum
5. Gunting
Cara-cara nak membuatnya:
Mula-mula ukur tisu poket.  Lepas tu potong kain felt mengikut ukuran yang diambil tadi.  Nasihat Dea ukuran tu biarlah besar sedikit sebab ada sesetengah tisu sikit ada sesetengahnya pulak banyak.  Jadi lebih baik guna cara selamat.
Kemudian buat garisan ditengah-tengah dan potong. Jangan potong sampai habis pula.  Bagi ada baki setiap hujung dalam 1/2 inci.
Selepas itu ambil kain felt bewarna lain untuk dijadikan aksesori.  Boleh juga guna ribbon atau butang untuk dijadikan aksesori.  Macam contoh kat atas ni Dea potong felt buat bentuk love je. senang nak dibuat.  Jahitkan atau gam (boleh guna gam UHU) ikut pada mana-mana kerajinan anda.
Kemudian cantumkan kedua-dua bahagian dan jahit. Macam kat atas ni Dea guna teknik jahitan tangan insang pari dan guna empat benang.
Kemudian lipat dua reben 3 inci dan selitkan kat dalam sarung tisu ni dibahagian hujungnya.  Cantumkan dan jahit guna teknik jelujur halus.
 Akhir sekali masukkan ring keychain kat reben. Cannnn!!!! Dah siap! Comel tak keychain sarung tisu ni.  Lepas ni bila time kecemasan takde la susah sangat nak teraba-raba nak cari kat dalam beg.  Ada juga sesetengah customer Dea yang menempah sarung tisu ni untuk dijadikan cenderahati untuk majlis perkahwinan diorang. Selamat mencuba :)




Friday, 26 April 2013

Tutorial bekas alat tulis comel

Posted by Unknown at 06:37 0 comments
Jom kita belajar cara-cara buat tempat letak alat tulis yang comel.  Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
T
Tin susu, gunting, kain felt, reben, washable pen dan glue gun.
Pertama sekali potong kain felt mengikut ukuran tin dan gam disekeliling tin menggunakan glue gun.
Kemudian gam reben disekeliling tin. Boleh tampal mengikut kesukaan masing-masing sama ada di atas, tengah atau bawah.  Mengikut kreativiti masing-masing la.
Ikat reben untuk aksesori pada tin bagi menambah kecomelannya. 
Tada...dah siap. Esok boleh la bagi kat sepupu-sepupu yang masih bersekolah. Hehehe :)


Tutorial bunga rose simple

Posted by Unknown at 00:27 0 comments
Salam n assalamualaikum, hari ini Dea nak ajar cara-cara nak buat bunga rose dari kain felt dengan cara yang mudah dan senang tapi cantik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kain felt
CD
Benang dan jarum
Manik





Mula-mula tekapkan cd pada kain felt. Guna pen yang boleh washable nanti tak cantik pula bunga ada kesan comot-comot kan.




Kemudian buat garisan berpusing seperti di atas. Ketebalan tu ikut citarasa masing-masing la. Macam dekat atas tu dalam 1/2 inci sahaja.



Potong ikut garisan dan mula menggulung dari luar ke dalam ye. Permulaan gulungan tu kita lipatkan sedikit kemudian baru gulung supaya kemas sedikit.



Setelah habis menggulung kita matikannya dengan menjahit menembusi setiap lapisan supaya bunga tak bergerak dan tak mudah terungkai. Usai menjahit boleh la dipotong lebihan kain.
 
Untuk mencantikkan lagi bunga boleh la ditambah dengan manik ditengah-tengahnya. SIAP.






Ini contoh projek yang dea dah siap buat. Untuk diberi sebagai hadiah kahwin. Taraaaa!!! Cantik kan.

Thursday, 25 April 2013

Tutorial sepit rambut bunga felt

Posted by Unknown at 18:11 0 comments
Bahan-bahan yang diperlukan:
1.) kain felt 2 jenis
2.) butang
3.) sepit rambut
4.) benang dan jarum
5.) glue gun


Cara-cara membuatnya:


Langkah 1: Potong kain felt warna putih sebesar duit 50 sen 5 keping dan felt merah jambu sebesar duit 20 sen 6 keping.


Langkah 2: Kemudian potong kain felt dibahagian hujung (akan membentuk seperti kelopak bunga). Potong hanya lima keping setiap warna. Tinggalkan satu felt merah jambu berbentuk bulat untuk dijadikan tampuk belakang bunga.






Langkah 3: Kemudian cantumkan kedua-dua kelopak.





Langkah 4: Jahit jelujur kelopak bunga. Jangan rapat sangat nanti susah nak tarik.





Langkah 5: Tarik jelujur tadi untuk jadikan kedut pada kelopak bunga. 





Langkah 6: Tampal butang dengan menggunakan glue gun atau boleh juga dijahit.





Langkah 7: Tampal tampuk di belakang dan tampal sepit rambut di atasnya.





TADA!!! Inilah hasilnya. Comel kan. Boleh juga digantikan kepada pin atau tampal di atas cekak rambut. SELAMAT MENCUBA : )


 

kolek molek Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review