Jom kita belajar cara-cara buat tempat letak alat tulis yang comel. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
Tin susu, gunting, kain felt, reben, washable pen dan glue gun.
Pertama sekali potong kain felt mengikut ukuran tin dan gam disekeliling tin menggunakan glue gun.
Kemudian gam reben disekeliling tin. Boleh tampal mengikut kesukaan masing-masing sama ada di atas, tengah atau bawah. Mengikut kreativiti masing-masing la.
Ikat reben untuk aksesori pada tin bagi menambah kecomelannya.
Tada...dah siap. Esok boleh la bagi kat sepupu-sepupu yang masih bersekolah. Hehehe :)
COWAY dan saya aktif kembali
7 years ago
0 comments:
Post a Comment