Monday 21 July 2014

cara mudah menekap template pada felt

Posted by Unknown at 21:08 0 comments
salam ramadhan...assalammualaikum n salam sejahtera.

fuhhh...penat koi tulis panjang2 tadi alih2 hilang macam tu...huhuhu...
so xpayah nak buat ayat panjang lagi...koi straight 2 d point aje la ye.
teknik ni mmg selalu koi pakai untuk menekap huruf2 atau template yang dah koi save.
alternatif menekap pada felt ni mmg sesuai untuk yang masih amatur dalam bidang craft atau yang xde mesin bigshot (macam koi ni) tapi masih dapat memberikan hasil yang memuaskan. teknik ni koi belajar dari sorang mamat dalam youtube (muka ganas tapi minat kraft...hehehe). memang best dan tak terfikir dek koi sebelum ni yang rajin memprint template dari komputer.

BAHAN-BAHAN:  felt, water erasable pen n komputer

begini teknik nya...
langkah 1: taip perkataan

langkah 2: tekapkan perkataan di atas kain felt menggunakan pen washable tu ye...las skali gunting...siap...


untuk tengok teknik yang dibuat oelh en.bub ni korang boleh klik di link dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=BRn3c42n07c&list=UU1BOe-wknJgWE14HuMdBgsQ

kalo subscribe beliau banyak la teknik2 nak buat kraft dari felt ni n idea2 yang comel2 belaka....
boleh jugak belajar buat plushies yang comel2 dengan cik happyshoppe...di link ini...
http://www.youtube.com/user/HapyFriendsShoppe

Wednesday 3 July 2013

cerita bookmark...

Posted by Unknown at 06:55 0 comments
salam semua....lama dah koi tak update blog ni...huhuhu...takde masa.
bertambah malang bila broadband adik koi dah hilang...huhuhu...sedeynyer,..
banyak plak dah citernye yer... k lah, hari ni Dea nak kongsi pic bokmark yang Dea siapkan untuk bebudak sekolah SMABI... Dea menggunakan pelbagai material supaya xder la bila kata bookmark je mesti kertas sekepingsekeping yand ada reben. Jadi Dean menggunakan penyepit kecik, pin kertas taraf gergasi...adik koi membelinye...terkejut masa mula2 tengok, n reben panjang....
k la ni gambar2 bookmark yang Dea buat tu
comel tak??? hehehe....



Monday 13 May 2013

Tutorial penanda buku

Posted by Unknown at 20:53 0 comments
Salam semua n Selamat Hari Ibu kepada para ibu sekalian. Harap2 semua ibu dalam keadaan sihat dan bahagia. Jom kita start buat kraft. Hari ni Dea nak ajar cara-cara nak buat penanda buku. Ada penanda buku yang menarik barulah tertarik nak membaca kan. hehehe.
Bahan-bahan yang diperlukan:
a. Felt dua jenis warna
b. Klip kertas
c. Benang dan jarum
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula potong kain felt warna ungu bentuk love dua keping. Kemudian potong bentuk love guna felt hijau yang lebih kecil dan potong bentuk empat segi panjang.
Kemudian jahit kedua-dua love ungu disetiap hujung segi empat hijau tadi.
Terbalikkan love ungu kemudian jahitkan love hijau di salah satu love ungu tersebut.

Tangkupkan dan jahitkan bentuk love menjadi seperti bentuk di atas.
Masukkan ke dalam dawai klip kertas hingga kehujumgnya. ok,,,siapppp :)
 Inilah hasilnya. Comel tak?

Wednesday 1 May 2013

Cara-cara buat cover buku

Posted by Unknown at 04:17 0 comments
Assalamualaikum n salam sejahtera sume. Selamat hari buruh Dea ucapkan. Sekejab jer masa berlalu dah masuk bulan mei.  K lah, hari ni Dea nak ajar cara buat cover buku dengan menggunakan perca kain.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kain perca
2. Kertas gam
3. Gunting
4. Kapur kain atau washable pen
5. Gunting
6. Benang n jarum

Cara-cara nak membuatnya:-
Mula-mula kita ambik ukuran buku yang kita nak buat covernya.  Macam yang Dea buat ni ukuran buku log setebal 200 mukasurat. Dah dapat ukuran panjang dan lebarnya kita boleh la tanda kat atas kertas gam. Kertas gam ni biasanya dijual dikedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Kemudian disetiap hujung tambah lagi 3 inci. Bahagian tepi untuk depan buku buat condong sikit. Kalo mls x nak buat condong pun boleh. Gunting.
Selepas itu, streka kertas gam kat atas perca kain. Bahagian Kertas yang berkilat tu bahagian yg ada gam jadi telangkupkan kat kain yang belah dalam. Streka rata-rata supaya dia melekat betul2 ye.
Kemudian gunting kain perca tadi dengan ada lebihan 1/2 inci. Jahit tepi atau lilinkan sahaja kain supaya tidak berbulu.
Kemudian lipat dan jahit sembat keliling mengikut ukuran kertas gam tadi.
Inilah hasilnya yang dah siap. Dea tambah aksesori penanda buku yang dijahit pada cover buku tu.  Barulah tak mudah hilang. Kalo guna kain felt x payah la guna kertas gam sebab kainnya yang keras dan x berbulu. SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday 30 April 2013

Tutorial sarung tisu poket

Posted by Unknown at 16:10 0 comments
Salam subuh semua.  Harap-harap yang muslim tu sudah menunaikan kewajipannya kepada yang MAHA PENCIPTA ye. Hari ni Dea nak ajar macam mana cara-cara nak buat keychain sarung tisu.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kain felt
2. Reben 3 inci
3. Ring keychain
4. Benang dan jarum
5. Gunting
Cara-cara nak membuatnya:
Mula-mula ukur tisu poket.  Lepas tu potong kain felt mengikut ukuran yang diambil tadi.  Nasihat Dea ukuran tu biarlah besar sedikit sebab ada sesetengah tisu sikit ada sesetengahnya pulak banyak.  Jadi lebih baik guna cara selamat.
Kemudian buat garisan ditengah-tengah dan potong. Jangan potong sampai habis pula.  Bagi ada baki setiap hujung dalam 1/2 inci.
Selepas itu ambil kain felt bewarna lain untuk dijadikan aksesori.  Boleh juga guna ribbon atau butang untuk dijadikan aksesori.  Macam contoh kat atas ni Dea potong felt buat bentuk love je. senang nak dibuat.  Jahitkan atau gam (boleh guna gam UHU) ikut pada mana-mana kerajinan anda.
Kemudian cantumkan kedua-dua bahagian dan jahit. Macam kat atas ni Dea guna teknik jahitan tangan insang pari dan guna empat benang.
Kemudian lipat dua reben 3 inci dan selitkan kat dalam sarung tisu ni dibahagian hujungnya.  Cantumkan dan jahit guna teknik jelujur halus.
 Akhir sekali masukkan ring keychain kat reben. Cannnn!!!! Dah siap! Comel tak keychain sarung tisu ni.  Lepas ni bila time kecemasan takde la susah sangat nak teraba-raba nak cari kat dalam beg.  Ada juga sesetengah customer Dea yang menempah sarung tisu ni untuk dijadikan cenderahati untuk majlis perkahwinan diorang. Selamat mencuba :)




Friday 26 April 2013

Tutorial bekas alat tulis comel

Posted by Unknown at 06:37 0 comments
Jom kita belajar cara-cara buat tempat letak alat tulis yang comel.  Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
T
Tin susu, gunting, kain felt, reben, washable pen dan glue gun.
Pertama sekali potong kain felt mengikut ukuran tin dan gam disekeliling tin menggunakan glue gun.
Kemudian gam reben disekeliling tin. Boleh tampal mengikut kesukaan masing-masing sama ada di atas, tengah atau bawah.  Mengikut kreativiti masing-masing la.
Ikat reben untuk aksesori pada tin bagi menambah kecomelannya. 
Tada...dah siap. Esok boleh la bagi kat sepupu-sepupu yang masih bersekolah. Hehehe :)


Tutorial bunga rose simple

Posted by Unknown at 00:27 0 comments
Salam n assalamualaikum, hari ini Dea nak ajar cara-cara nak buat bunga rose dari kain felt dengan cara yang mudah dan senang tapi cantik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kain felt
CD
Benang dan jarum
Manik





Mula-mula tekapkan cd pada kain felt. Guna pen yang boleh washable nanti tak cantik pula bunga ada kesan comot-comot kan.




Kemudian buat garisan berpusing seperti di atas. Ketebalan tu ikut citarasa masing-masing la. Macam dekat atas tu dalam 1/2 inci sahaja.



Potong ikut garisan dan mula menggulung dari luar ke dalam ye. Permulaan gulungan tu kita lipatkan sedikit kemudian baru gulung supaya kemas sedikit.



Setelah habis menggulung kita matikannya dengan menjahit menembusi setiap lapisan supaya bunga tak bergerak dan tak mudah terungkai. Usai menjahit boleh la dipotong lebihan kain.
 
Untuk mencantikkan lagi bunga boleh la ditambah dengan manik ditengah-tengahnya. SIAP.






Ini contoh projek yang dea dah siap buat. Untuk diberi sebagai hadiah kahwin. Taraaaa!!! Cantik kan.
 

kolek molek Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review