Monday 13 May 2013

Tutorial penanda buku

Posted by Unknown at 20:53 0 comments
Salam semua n Selamat Hari Ibu kepada para ibu sekalian. Harap2 semua ibu dalam keadaan sihat dan bahagia. Jom kita start buat kraft. Hari ni Dea nak ajar cara-cara nak buat penanda buku. Ada penanda buku yang menarik barulah tertarik nak membaca kan. hehehe.
Bahan-bahan yang diperlukan:
a. Felt dua jenis warna
b. Klip kertas
c. Benang dan jarum
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula potong kain felt warna ungu bentuk love dua keping. Kemudian potong bentuk love guna felt hijau yang lebih kecil dan potong bentuk empat segi panjang.
Kemudian jahit kedua-dua love ungu disetiap hujung segi empat hijau tadi.
Terbalikkan love ungu kemudian jahitkan love hijau di salah satu love ungu tersebut.

Tangkupkan dan jahitkan bentuk love menjadi seperti bentuk di atas.
Masukkan ke dalam dawai klip kertas hingga kehujumgnya. ok,,,siapppp :)
 Inilah hasilnya. Comel tak?

Wednesday 1 May 2013

Cara-cara buat cover buku

Posted by Unknown at 04:17 0 comments
Assalamualaikum n salam sejahtera sume. Selamat hari buruh Dea ucapkan. Sekejab jer masa berlalu dah masuk bulan mei.  K lah, hari ni Dea nak ajar cara buat cover buku dengan menggunakan perca kain.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kain perca
2. Kertas gam
3. Gunting
4. Kapur kain atau washable pen
5. Gunting
6. Benang n jarum

Cara-cara nak membuatnya:-
Mula-mula kita ambik ukuran buku yang kita nak buat covernya.  Macam yang Dea buat ni ukuran buku log setebal 200 mukasurat. Dah dapat ukuran panjang dan lebarnya kita boleh la tanda kat atas kertas gam. Kertas gam ni biasanya dijual dikedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Kemudian disetiap hujung tambah lagi 3 inci. Bahagian tepi untuk depan buku buat condong sikit. Kalo mls x nak buat condong pun boleh. Gunting.
Selepas itu, streka kertas gam kat atas perca kain. Bahagian Kertas yang berkilat tu bahagian yg ada gam jadi telangkupkan kat kain yang belah dalam. Streka rata-rata supaya dia melekat betul2 ye.
Kemudian gunting kain perca tadi dengan ada lebihan 1/2 inci. Jahit tepi atau lilinkan sahaja kain supaya tidak berbulu.
Kemudian lipat dan jahit sembat keliling mengikut ukuran kertas gam tadi.
Inilah hasilnya yang dah siap. Dea tambah aksesori penanda buku yang dijahit pada cover buku tu.  Barulah tak mudah hilang. Kalo guna kain felt x payah la guna kertas gam sebab kainnya yang keras dan x berbulu. SELAMAT MENCUBA :)
 

kolek molek Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review