Wednesday 1 May 2013

Cara-cara buat cover buku

Posted by Unknown at 04:17
Assalamualaikum n salam sejahtera sume. Selamat hari buruh Dea ucapkan. Sekejab jer masa berlalu dah masuk bulan mei.  K lah, hari ni Dea nak ajar cara buat cover buku dengan menggunakan perca kain.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Kain perca
2. Kertas gam
3. Gunting
4. Kapur kain atau washable pen
5. Gunting
6. Benang n jarum

Cara-cara nak membuatnya:-
Mula-mula kita ambik ukuran buku yang kita nak buat covernya.  Macam yang Dea buat ni ukuran buku log setebal 200 mukasurat. Dah dapat ukuran panjang dan lebarnya kita boleh la tanda kat atas kertas gam. Kertas gam ni biasanya dijual dikedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Kemudian disetiap hujung tambah lagi 3 inci. Bahagian tepi untuk depan buku buat condong sikit. Kalo mls x nak buat condong pun boleh. Gunting.
Selepas itu, streka kertas gam kat atas perca kain. Bahagian Kertas yang berkilat tu bahagian yg ada gam jadi telangkupkan kat kain yang belah dalam. Streka rata-rata supaya dia melekat betul2 ye.
Kemudian gunting kain perca tadi dengan ada lebihan 1/2 inci. Jahit tepi atau lilinkan sahaja kain supaya tidak berbulu.
Kemudian lipat dan jahit sembat keliling mengikut ukuran kertas gam tadi.
Inilah hasilnya yang dah siap. Dea tambah aksesori penanda buku yang dijahit pada cover buku tu.  Barulah tak mudah hilang. Kalo guna kain felt x payah la guna kertas gam sebab kainnya yang keras dan x berbulu. SELAMAT MENCUBA :)

0 comments:

Post a Comment

 

kolek molek Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review